PETALING JAYA: Nasib Melaka United FC dan Sarawak United FC beraksi dalam saingan Liga Super musim depan bergantung kepada pemerolehan lesen kebangsaan selepas gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan mengikut Peraturan Pelesenan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) 2022.
Justeru, kedua-dua kelab tersebut diberi tempoh seminggu sehingga 19 Okt ini untuk mengemukakan rayuan mendapatkan lesen kebangsaan.
Pengerusi Pelesenan Kelab MFL,First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, berkata Melaka United gagal mengemukakan bukti pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai sehingga Jun dan Ogos tahun ini
Katanya, Sarawak United pula gagal memenuhi kriteria kewangan dan kesukanan serta mempunyai dua kes dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) di mana Kamar Penyelesaian Pertikaian FIFA (DRC) telah membuatkan keputusan terhadap bekas pemain, Sandro Da Silva Mendonca dan Taylor Francis George Regan.
"Bagaimanapun, Melaka United dan Sarawak United boleh mengemukakan rayuan kepada MFL sebelum jam 5 petang, 19 Okt ini," katanya pada sidang sidang selepas berakhir mesyuarat dua hari Pelesenan Kelab MFL FIB, di sini, pada Rabu.
Menurutnya, hanya 10 pasukan bertanding dalam Liga Super 2022 berjaya mendapatkan lesen kebangsaan iaitu pasukan Johor Darul Ta'zim, Kedah Darul Aman FC, Negeri Sembilan FC, Penang FC, Petaling Jaya City FC, Sri Pahang FC, Selangor FC, Terengganu FC, Kuala Lumpur City FC dan Sabah FC.
Sementara itu, katanya, enam pasukan Liga Premier 2022 iaitu Kelantan FC, Kuching City FC, Kelantan United FC, Perak FC, PDRM FC dan UiTM FC diberikan lesen kebangsaan untuk layak menyertai Liga Super musim depan.
Sebagai langkah proaktif, Sheikh Mohd Nasir, berkata MFL mensyaratkan setiap pasukan mengemukakan dokumen membuktikan mereka bebas daripada sebarang tunggakan atau kelewatan pembayaran gaji, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Perkeso kepada MFL sebelum 15 Dis ini, menjelang musim baharu Liga Super 2023.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, berkata Liga Super 2023 akan diteruskan dengan format 16 pasukan sendainya pihaknya tidak menerima rayuan daripada Melaka United dan Sarawak United.
Ditanya mengenai nasib kedua-dua kelab itu musim depan jika gagal dalam rayuan mendapatkan lesen kebangsaan, Stuart berkata berdasarkan struktur liga musim depan, kemungkinan kedua-dua kelab itu boleh beraksi di Liga M3, kelolaan Liga Bolasepak Amatur (AFL).
Bagaimanapun, beliau menjelaskan pertimbangan beraksi di Liga M3 adalah di bawah bidang kuasa AFL dan MFL tiada kuasa untuk memutuskan perkara itu.
Dalam perkembangan lain, katanya, mana-mana pasukan tempatan ingin mendapatkan lesen Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) perlu menyerahkan dokumen kewangan masing-masing sebelum 30 April tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022
Stuart Ramalingam, berkata Liga Super 2023 akan diteruskan dengan format 16 pasukan sendainya pihaknya tidak menerima rayuan daripada Melaka United dan Sarawak United. - Gambar fail
Persefahaman rakan gabungan: PM yakin untuk terus laksanakan pembaharuan
Semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.
"Saya masih Faisal Halim yang sama"
Ada waktu kita dipuji melambung dan ada waktu kita dihina dan dikritik, kata Miki.
KDNFC bawa masuk tiga lagi pemain import sertai Liga Super
Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) membawa masuk tiga lagi pemain import bagi melengkapkan skuad Liga Supernya dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.